About

Busana ini adalah merupakan anak syarikat Sheikh Salim Enterprise yang di miliki oleh Hj.Sheikh Salim dan Pn.Normala Bt Hj.Majid.Mula beroperasi secara rasminya pada 1 Mac 2011. Busana ini mempunyai konsepnya yang tersendiri dengan mengenengahkan konsep muslimah dalam koleksi produknya.

Kami turut menawarkan perkhidmatan membekal dan memborong bagi barangan Muslim dan Muslimah termasuklah Tudung,Baju Kurung,Jubah,serta pelbagai kelengkapan Haji dan Umrah serta pelbagai jenis barangan Ibadah yang lain yang meliputi pelbagai peringkat usia.




Apa yang ditawarkan semuanya bertepatan dengan kehendak Muslimah. Semua wanita boleh memiliki penampilan yang anggun bergaya, cantik jelita dan versetil walaupun mengenakan busana muslimah.

Urusan Jual Beli Online

Assalammualaikum w.b.t

Kami masih belum mula menerima tempahan untuk jual beli secara online oleh kerana faktor teknikal. Buat masa ini, kami hanya mempromosikan sahaja. Pada yang berminat boleh hadir terus ke lokasi busana kami. Kami akan umumkan sebaik sahaja perkhidmatan jual beli secara online telah bermula.

Maaf atas segala kekurangan dan kesulitan.

Terima kasih kerana mengikuti perkembangan kami.